Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Sintetik Ada Jaringan Antarabangsa

Diterbitkan: 26 Sep 2025 7.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 25 September 2025 - Polis percaya kegiatan penyeludupan Fentanyl dan dadah sintetik lain di negara ini mempunyai jaringan antarabangsa yang berupaya mengedarkan bahan berbahaya itu untuk pasaran tempatan serta dieksport ke luar negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-dadah-sintetik-ada-jaringan-antarabangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:54 MYT

Kuala Lumpur, 25 September 2025 - Polis percaya kegiatan penyeludupan Fentanyl dan dadah sintetik lain di negara ini mempunyai jaringan antarabangsa yang berupaya mengedarkan bahan berbahaya itu untuk pasaran tempatan serta dieksport ke luar negara.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, berkata siasatan mendapati sindiket dadah mempunyai rangkaian merentas sempadan dan tindakan berterusan akan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Dadah ini ada jaringan antarabangsa, mungkin ada kumpulan tertentu bertindak sama ada untuk edaran dalam negara atau dieksport ke luar negara. Tindakan berterusan JSJN akan dibuat bagi membanteras kegiatan itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas beberapa rampasan Fentanyl di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan bulan lalu yang menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan trend penyeludupan bahan itu.

Kelmarin, Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato' Hussein Omar Khan, mengesahkan polis melumpuhkan sindiket penyeludupan dan pengedaran Fentanyl melalui operasi berasingan di tiga negeri.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2025 7.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM