Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Di Pulau Langkawi Pdrm Jamin Siasat Kes Dengan Telus Pengarah Jips

Diterbitkan: 23 Sep 2020 3.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan melakukan siasatan telus terhadap kes sindiket pengedaran dadah di Pulau Langkawi seperti didedahkan akhbar Harian Metro menerusi laporan khas bersiri disiarkan akhbar ini sejak 3 September lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-dadah-di-pulau-langkawi-pdrm-jamin-siasat-kes-dengan-telus-pengarah-jips
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT

Kuala Lumpur, 23 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan melakukan siasatan telus terhadap kes sindiket pengedaran dadah di Pulau Langkawi seperti didedahkan akhbar Harian Metro menerusi laporan khas bersiri disiarkan akhbar ini sejak 3 September lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Zamri Yahya berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci berdasarkan dua aspek iaitu sindiket pengedaran dadah di Pulau Langkawi dan kematian meragukan membabitkan kebakaran kediaman Pablo Escobar Langkawi atau Mat Nahar.

Beliau berkata, pasukan JIPS Bukit Aman sudah dihantar ke Langkawi untuk menyiasat dua aspek itu sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.

"Siasatan sudah bermula 20 September lalu dan ia diketuai pegawai kanan berpangkat asisten komisioner (ACP). Malah, saya sendiri akan turun ke Langkawi esok (hari ini) bagi memantau proses siasatan.

"Siasatan terperinci akan dilakukan dan pemeriksaan dokumen juga dijalankan untuk isu dadah. Kita akan tengok jumlah tangkapan dijalankan, rampasan dan berapa ramai sudah didakwa di mahkamah. Kita akan kaji adakah tindakan itu mencukupi.

"Berhubung kes kebakaran yang membabitkan kematian Pablo Escobar Langkawi pula, siasatan latar belakang penyebab kes kematian si mati akan dilaksanakan secara terperinci. Adakah prosedur operasi standard (SOP) sudah dilakukan?

"Penyiasatan ke atas kes kebakaran itu dilakukan susulan terdapat maklumat meragukan seperti simbahan petrol di dalam rumah mangsa. Kita teliti supaya mengelakkan sebarang keraguan. Begitu juga berkenaan maklumat kediaman si mati yang dilaporkan dikunci dari luar termasuk menggunakan mangga," katanya ditemui wartawan Skuad Khas Harian Metro, semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/623490/pdrm-jamin-siasat-kes-dengan-telus

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, text that says 'DADAH DI LANGKAWI: PENDEDAHAN HARIAN METRO PDRM jamin siasat kes dengan telus (PDRM) EKSKLUSIF IM Rakyat perha

ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2020 3.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM