Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Salah Guna Dadah Meningkat 90 Peratus

Published: 07 Oct 2024 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 7 Oktober 2024 - Kes penyalahgunaan dadah di negara ini semakin serius apabila berlaku peningkatan sehingga 90 peratus bagi tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-salah-guna-dadah-meningkat-90-peratus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:36 MYT
Petaling Jaya, 7 Oktober 2024 - Kes penyalahgunaan dadah di negara ini semakin serius apabila berlaku peningkatan sehingga 90 peratus bagi tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.

Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 96,054 kes penyalahgunaan dadah direkodkan di seluruh negara dalam tempoh itu pada tahun ini berbanding 50,476 kes tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata, sejak Januari hingga Julai lalu, sejumlah 95,914 tangkapan dilakukan terhadap individu dikesan positif dadah.

“Peningkatan kes dan tangkapan sehingga 90 peratus ini menunjukkan isu penyalahgunaan dadah di negara ini sangat serius,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kok Chin berkata, jumlah kes penyeludupan dadah bagi tahun ini juga meningkat sehingga tiga peratus berbanding 2023.
 
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 3 people and text
ArticlePublished 07 Oct 2024 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM