Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rumah Pusaka Jadi Stor Simpan 22kg Bunga Ganja

Diterbitkan: 23 Jun 2026 3.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.49 PM
Kuala Terengganu, 23 Jun 2026 - Taktik dua beradik menjadikan rumah pusaka peninggalan orang tua mereka di Duyong Besar, di sini, sebagai lokasi transit dan penyimpanan bunga Ganja terbongkar selepas premis itu diserbu polis pada 14 Jun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-rumah-pusaka-jadi-stor-simpan-22kg-bunga-ganja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:49 MYT
Kuala Terengganu, 23 Jun 2026 - Taktik dua beradik menjadikan rumah pusaka peninggalan orang tua mereka di Duyong Besar, di sini, sebagai lokasi transit dan penyimpanan bunga Ganja terbongkar selepas premis itu diserbu polis pada 14 Jun lalu.

Dalam operasi kira-kira jam 3.30 petang itu, dua beradik berusia 39 dan 50 tahun itu ditahan, dengan polis turut merampas 22 kilogram (kg) bunga Ganja dianggar bernilai RM1.76 juta.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Mohd Khairi Khairudin berkata, dalam serbuan pertama polis merampas dadah yang dipercayai disimpan sementara di rumah berkenaan sebelum diseludup ke pasaran antarabangsa.

Serbuan kedua pula katanya, dilakukan di hadapan sebuah rumah di lokasi sama membabitkan suspek kedua, namun pemeriksaan tidak menemui sebarang barang salah.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai berperanan sebagai penjaga stor dalam sindiket yang aktif sejak Mac lalu.

"Rumah dipercayai dijadikan lokasi transit bagi menyimpan bekalan bunga Ganja dipercayai diseludup masuk melalui laluan laut sebelum dihantar ke pasaran antarabangsa," katanya pada sidang media kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Rumah pusaka jadi stor simpan 22kg bunga ganja Terengganu, rampas Polis tahan dua beradik jadikan kediaman pusat transit
ArtikelDiterbitkan 23 Jun 2026 3.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.49 PM