Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rm64 8 Juta Dadah Dirampas Dalam Tempoh 10 Bulan

Published: 11 Nov 2024 3.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 11 November 2024 - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai lebih RM64.8 juta bermula Januari sehingga Oktober tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-rm64-8-juta-dadah-dirampas-dalam-tempoh-10-bulan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:22 MYT
c
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, antara dadah dirampas seperti Heroin, Syabu, Ganja dan paling banyak dirampas adalah pil Yaba.

Katanya, kebanyakan bahan terlarang itu dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok membabitkan daerah Pasir Mas, Jeli dan Tumpat.

“Pelbagai modus operandi digunakan penyeludup seperti membawa masuk dadah menggunakan kenderaan yang diubah suai melalui jalan sah, selain mengangkut menggunakan bot atau perahu di pangkalan haram.

“Selain itu, polis turut mengesan penyeludup membungkus dadah menggunakan kotak syarikat kurier bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain menyembunyikanya di dalam guni, kotak atau plastik.

“Semua kes membabitkan rampasan dadah ini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan mengedar, memiliki dan menggunakan dadah,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 11 Nov 2024 3.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM