Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rampas Dadah Katrij Vape Rm11 Juta

Diterbitkan: 05 Mar 2025 6.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 5 Mac 2025 - Polis menumpaskan sindiket memproses dadah dan katrij rokok elektronik (vape) membabitkan rampasan dadah bernilai RM 11 juta dalam empat serbuan di Lembah Klang pada 26 Februari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-rampas-dadah-katrij-vape-rm11-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:23 MYT
 
Kuala Lumpur, 5 Mac 2025 - Polis menumpaskan sindiket memproses dadah dan katrij rokok elektronik (vape) membabitkan rampasan dadah bernilai RM 11 juta dalam empat serbuan di Lembah Klang pada 26 Februari lalu.

Serbuan bermula jam 2 petang hingga 10.20 malam itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menahan empat suspek termasuk wanita berusia antara 26 hingga 42 tahun untuk siasatan.

Menurutnya, serbuan pertama dijalankan di Jalan Gombak dengan menahan lelaki dan wanita tempatan berusia 26 serta 42 tahun yang didapati positif Methamphetamine.

“la membawa kepada serbuan kedua di Taman Kuchai Jaya membabitkan suspek lelaki berusia 35 tahun berperanan ahli kimia lelaki untuk memproses katrij vape.

“Suspek mempunyai 13 rekod jenayah dadah dan didapati positif Ampetamin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text


ArtikelDiterbitkan 05 Mar 2025 6.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM