Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rahsiakan Ahli Keluarga Terbabit Dadah Antara Punca Jenayah Bunuh

Diterbitkan: 18 Feb 2022 3.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Tindakan itu menyebabkan pihak berkuasa, terutama polis tidak dapat mengambil langkah awal bagi mengatasi masalah ketagihan dadah hingga menyebabkan berlakunya kejadian jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-rahsiakan-ahli-keluarga-terbabit-dadah-antara-punca-jenayah-bunuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:36 MYT
Kuala Lumpur, 18 Februari 2022 - Ibu bapa dan ahli keluarga malu serta merahsiakan pembabitan individu dalam keluarga masing-masing yang aktif dengan penyalahgunaan dadah, dikenal pasti antara punca wujudnya jenayah kekerasan dan bunuh.

Tindakan itu menyebabkan pihak berkuasa, terutama polis tidak dapat mengambil langkah awal bagi mengatasi masalah ketagihan dadah hingga menyebabkan berlakunya kejadian jenayah.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mendapati, seramai 99 penagih dadah terbabit dalam jenayah berat sejak awal tahun ini, manakala 354 lagi dikesan terbabit jenayah berat sepanjang tahun lalu.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masyarakat dalam keadaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini juga didapati kurang peka atau prihatin dengan keadaan sekeliling dan jiran mereka.

"Sikap ambil tahu atau peka semakin terhakis pada masa ini, disebabkan masing-masing memfokuskan kepada mencari nafkah semata-mata dalam tempoh pandemik.

“Ini menjadikan "self of belonging" atau sikap ambil peduli persekitaran kita tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat," katanya.

Dato’ Ayob Khan berkata, apabila keluarga dan masyarakat tidak membantu, maka akan sukar program rawatan dan pemulihan dapat dilaksanakan ke atas penagih dadah tegar.

Ini adalah disebabkan ahli keluarga penagih yang enggan bekerjasama untuk membantu ahli keluarga yang ketagihan dadah kepada pihak berkuasa.

“Tindakan tidak ambil peduli ini akan memperlihatkan kerajaan gagal membantu golongan penagih dadah sepenuhnya," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 18 Feb 2022 3.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM