Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pusat Hiburan Kini Jadi Port Penagihan Dadah

Published: 05 Apr 2025 2.03 AM Updated: 15 Aug 2026 8.07 PM
Kuala Lumpur, 5 April 2025 - Selain menjadi lokasi aktiviti pengedaran dadah, pusat hiburan kini turut dikenal pasti sebagai “port” penagih dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pusat-hiburan-kini-jadi-port-penagihan-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Kuala Lumpur, 5 April 2025 - Selain menjadi lokasi aktiviti pengedaran dadah, pusat hiburan kini turut dikenal pasti sebagai “port” penagih dadah.

Mendedahkan perkara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, penagih tidak lagi berkumpul di bangunan kosong untuk mengambil dadah.

“Trend baru ini kita kesan, mereka mula menjadikan pusat hiburan sebagai ‘port’ baharu mereka untuk mendapatkan dadah dan mengambil dadah.
“Kita kesan mereka mengambil dadah jenis jus, Syabu, Heroin dan Ganja di pusat hiburan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Menurutnya, susulan itu, pihaknya akan menjalankan operasi besar-besaran bagi menggempur aktiviti tidak bermoral berkenaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 05 Apr 2025 2.03 AMUpdated 15 Aug 2026 8.07 PM