Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Sembilan Lelaki Terbabit Sindiket Pengedaran Syabu

Published: 09 Apr 2024 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Alor Setar, 9 April 2024 - Polis menahan sembilan lelaki, termasuk seorang lelaki warga Thailand, yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah jenis Syabu dalam tiga serbuan berasingan di Padang Terap di sini pada 4 dan 6 April lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-sembilan-lelaki-terbabit-sindiket-pengedaran-syabu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:35 MYT
Alor Setar, 9 April 2024 - Polis menahan sembilan lelaki, termasuk seorang lelaki warga Thailand, yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah jenis Syabu dalam tiga serbuan berasingan di Padang Terap di sini pada 4 dan 6 April lalu.

Polis turut merampas Syabu seberat lebih 20 kilogram (kg) dan 130kg daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM730,000.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh berkata, pada serbuan pertama jam 10.30 malam 4 April lalu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di Kampung Lamdin, Naka.

“Pemeriksaan dijalankan menemukan beg galas mengandungi bungkusan plastik berisi 18kg Syabu bernilai lebih RM651,600.

“Sebuah BMW 320i turut dirampas untuk membantu siasatan. Suspek direman sehingga 11 April ini untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di IPK Kedah di sini, semalam.

Dato’ Fisol berkata, dalam serbuan kedua jam 11 malam, pihaknya menahan enam lelaki berusia 26 hingga 39 tahun pada pemeriksaan di sebuah rumah, juga di Kampung Lamdin dan merampas 22.90 gram Syabu serta alatan menghisap Syabu.

Katanya, pemeriksaan di rumah itu menemukan 130kg daun ketum untuk edaran tempatan.

“Kesemua suspek direman sehingga 11 April untuk siasatan lanjut dengan jumlah dadah dirampas ialah RM7,719,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArticlePublished 09 Apr 2024 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM