
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Syabu 236 Kg Bernilai Rm8 53 Juta
Kuala Lumpur, 21 September 2022 –Jadikan sebuah rumah di Segambut Dalam di sini, sebagai stor penyimpanan bekalan dadah Syabu seberat 200 kilogram (kg).
Kuala Lumpur, 21 September 2022 –Jadikan sebuah rumah di Segambut Dalam di sini, sebagai stor penyimpanan bekalan dadah Syabu seberat 200 kilogram (kg).
Bagaimanapun kegiatan sindiket itu berjaya dihidu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur selepas menyerbu rumah berkenaan, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis KL, DCP Dato’ Yahaya Othman berkata, hasil serbuan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki dan menemui dadah Syabu bernilai RM8.53 juta.
“Hasil dari serbuan itu, sebanyak 226 bungkusan berisi dadah Syabu seberat 236 kg ditemui di dalam kediaman berkenaan.
Ekoran itu, kami menahan seorang lelaki di sekitar kawasan berkenaan dipercayai ahli sindiket dadah itu,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.