Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Syabu 236 Kg Bernilai Rm8 53 Juta

Published: 21 Sep 2022 4.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 September 2022 –Jadikan sebuah rumah di Segambut Dalam di sini, sebagai stor penyimpanan bekalan dadah Syabu seberat 200 kilogram (kg).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-syabu-236-kg-bernilai-rm8-53-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:30 MYT
Kuala Lumpur, 21 September 2022 –Jadikan sebuah rumah di Segambut Dalam di sini, sebagai stor penyimpanan bekalan dadah Syabu seberat 200 kilogram (kg).

Itu kegiatan dilakukan enam individu dipercayai ahli sindiket dadah yang menggunakan pelbagai kenderaan untuk memindahkan dadah ke ibu kota dari utara tanah air.

Bagaimanapun kegiatan sindiket itu berjaya dihidu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur selepas menyerbu rumah berkenaan, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis KL, DCP Dato’ Yahaya Othman berkata, hasil serbuan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki dan menemui dadah Syabu bernilai RM8.53 juta.
“Hasil dari serbuan itu, sebanyak 226 bungkusan berisi dadah Syabu seberat 236 kg ditemui di dalam kediaman berkenaan.

Ekoran itu, kami menahan seorang lelaki di sekitar kawasan berkenaan dipercayai ahli sindiket dadah itu,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text

ArticlePublished 21 Sep 2022 4.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM