Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas 19 5kg Dadah Bernilai Rm1 6 Juta

Published: 06 Sep 2024 2.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 September 2024 - Polis Kuala Lumpur berjaya merampas sejumlah 19.5 kilogram (kg) dadah jenis Ketamin dan Ekstasi bernilai RM1.6 juta dalam satu operasi di sekitar ibu negara dan Selangor, Isnin lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-19-5kg-dadah-bernilai-rm1-6-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:16 MYT
Kuala Lumpur, 6 September 2024 - Polis Kuala Lumpur berjaya merampas sejumlah 19.5 kilogram (kg) dadah jenis Ketamin dan Ekstasi bernilai RM1.6 juta dalam satu operasi di sekitar ibu negara dan Selangor, Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa, berkata dalam serbuan itu, tiga lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 30 tahun, dipercayai pengedar dadah ditahan di Cheras.

Katanya, ketika serbuan itu, polis memeriksa sebuah beg yang dipegang oleh suspek pertama dan menemui dadah disyaki Ketamin dengan anggaran berat 10.5kg dan bernilai kira-kira setengah juta.

“Susulan itu, pasukan polis ke sebuah kondominium di Cheras Perdana, Selangor dan menemui tiga bungkusan plastik dadah disyaki Ekstasi seberat kira-kira 5.2kg dan dua bungkusan Ketamin kira-kira 4kg.

“Rumah itu dipercayai dijadikan lokasi untuk penyimpanan dadah yang kita syaki untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 06 Sep 2024 2.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM