Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Kenal Pasti Individu Terlibat Penyeludupan Dadah Ke Australia

Published: 28 Oct 2023 8.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kajang, 28 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti beberapa individu di negara ini dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah Methamphetamine di Melbourne yang berjaya dibongkarkan negara berkenaan pada 4 Oktober lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-kenal-pasti-individu-terlibat-penyeludupan-dadah-ke-australia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:34 MYT
Kajang, 28 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti beberapa individu di negara ini dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah Methamphetamine di Melbourne yang berjaya dibongkarkan negara berkenaan pada 4 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, identiti mereka tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.

Kata beliau, siasatan awal mendapati, dadah berkenaan diseludup dari kawasan segi tiga emas dan dibungkus semula di negara ini sebelum dihantar ke negara berkenaan.
"Kita (polis) telah dapat maklumat dari pihak berkuasa Australia. Kita sedang jalankan siasatan bagi mengenal pasti sindiket yang menyeludup dadah itu.

"Perkara itu masih dalam tindakan kita," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 28 Oct 2023 8.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM