
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pokok Ketum Kena Tebang Di Perlis
Padang Besar, 1 Oktober 2020 - Polis Kontinjen Perlis dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Galian (JTG) melakukan operasi menebang pokok Ketum di negeri ini yang dilaksanakan di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960.
Operasi bersepadu dilakukan di Felda Mata Ayer di sini kira-kira pukul 10 pagi semalam turut melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Ketua Polis Perlis, SAC Dato’ Surina Saad berkata, penebangan pokok Ketum itu akan diteruskan ke kawasan Felda lain di negeri ini dengan melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira 2,000 pokok dalam tempoh sebulan.
Kata beliau, Akta GSA tersebut boleh digunakan kerana ia melibatkan perjanjian antara peneroka dengan pihak Felda dan Akta Tanah Negara.
"Sebelum ini, saya sudah minta mereka tebang pokok-pokok itu tetapi mereka hanya potong separuh sahaja yang mana pokok jadi lebih besar.
“Jadi yang mana potong separuh itu kami akan meletakkan racun pada batang pokok," katanya ketika ditemui pada operasi tersebut di sini semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.
Sumber: Kosmo