Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pertaruh Nyawa Demi Rm2 800 Lelaki Ditahan Bawa Dadah Bernilai Rm2 6 Juta

Published: 14 Aug 2024 2.08 AM Updated: 15 Aug 2026 6.49 PM
Sepang, 14 Ogos 2024 - Nyawanya hanya semurah RM2,800 apabila seorang penganggur sanggup mengambil risiko ke tali gantung bagi menjalankan misi menghantar dadah seberat 50 kilogram (kg).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pertaruh-nyawa-demi-rm2-800-lelaki-ditahan-bawa-dadah-bernilai-rm2-6-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:27 MYT
Sepang, 14 Ogos 2024 - Nyawanya hanya semurah RM2,800 apabila seorang penganggur sanggup mengambil risiko ke tali gantung bagi menjalankan misi menghantar dadah seberat 50 kilogram (kg).
Suspek berusia 40 tahun bagaimanapun diberkas polis di Sabak Bernam, Selangor, ketika membawa dadah Syabu dan enam kg Pil Ekstasi bernilai RM2.6 juta.
Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan pada jam 4.30 pagi Khamis lalu, polis menemui 50 bungkusan berwarna biru dan hijau yang dilabel sebagai teh herba ‘Chinese Pin Wei' dalam sebuah kereta.
“Suspek yang ditahan sudah berkahwin, tidak bekerja dan mempunyai enam rekod lampau.
“Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 14 Aug 2024 2.08 AMUpdated 15 Aug 2026 6.49 PM