Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Penganggur Hidup Mewah Edar Dadah

Published: 15 Aug 2024 3.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, lelaki itu ditahan dalam dua serbuan bermula pukul 2 petang hingga 4.30 petang, 7 Ogos lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-penganggur-hidup-mewah-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:29 MYT
Johor Bahru, 15 Ogos 2024 - Rahsia seorang penganggur berusia 44 tahun yang hidup mewah terbongkar apabila dia ditahan kerana disyaki memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM2.2 juta.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, lelaki itu ditahan dalam dua serbuan bermula pukul 2 petang hingga 4.30 petang, 7 Ogos lalu.

Menurutnya, serbuan pertama ke atas sebuah kereta Honda Accord milik suspek di kawasan kondominium, manakala serbuan kedua di sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

Dalam serbuan tersebut, kita merampas pelbagai jenis dadah, iaitu 12.6 kilogram (kg) serbuk Ekstasi, 123 gram (g) Ketamin, 621.8 g pil Ekstasi dan 3.9 g pil Eramin 5 bernilai keseluruhan RM2,214 juta.

“Selain itu, polis turut merampas sebuah kenderaan, dua alat pengisar, dua keping kad berwarna kuning keemasan, pelbagai barangan kemas bernilai RM21,628 dan wang tunai sebanyak RM700,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 15 Aug 2024 3.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM