Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pendedahan Aadk Murid 11 Tahun Dah Hisap Vape Ada Dadah

Published: 10 May 2026 11.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah AADK Perak, Encik Mohamad Nor Musa berkata, penyalahgunaan vape dicampur bahan terlarang, cecair sintetik dan bahan halusinasi seperti "magic mushroom" menjadi semakin membimbangkan kerana aksesnya yang mudah dan promosi di platform media sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pendedahan-aadk-murid-11-tahun-dah-hisap-vape-ada-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:03 MYT
Ipoh, 10 Mei 2026 - Ada murid seawal usia 11 tahun dikesan mula terbabit dalam penyalahgunaan vape dicampur pelbagai dadah sintetik.

Perkara membimbangkan itu yang kian menjadi trend 'maut' dikesan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), baru-baru ini.

Pengarah AADK Perak, Encik Mohamad Nor Musa berkata, penyalahgunaan vape dicampur bahan terlarang, cecair sintetik dan bahan halusinasi seperti "magic mushroom" menjadi semakin membimbangkan kerana aksesnya yang mudah dan promosi di platform media sosial.

"Remaja dan pelajar adalah antara kumpulan berisiko paling tinggi disebabkan pengaruh rakan sebaya, budaya media sosial dan kurangnya kesedaran mengenai kandungan sebenar bahan yang digunakan.

"Penyalahgunaan bahan-bahan ini boleh menjejaskan prestasi akademik, disiplin, kesihatan mental dan masa depan pelajar jika tidak dibendung awal," katanya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

May be an image of text
ArticlePublished 10 May 2026 11.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM