Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENAGIH BERALIH GUNA DADAH SINTETIK, ANCAMAN DI PANTAI TIMUR PALING SERIUS

Diterbitkan: 25 Jun 2026 9.08 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.51 PM
Kuala Lumpur, 24 Jun 2026 - Dadah sintetik kini menjadi ancaman utama penyalahgunaan dadah di negara ini apabila merangkumi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kes penagihan, dengan negeri-negeri Pantai Timur dikenal pasti sebagai kawasan paling serius terjejas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-penagih-beralih-guna-dadah-sintetik-ancaman-di-pantai-timur-paling-serius-20260625
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:35 MYT
Kuala Lumpur, 24 Jun 2026 - Dadah sintetik kini menjadi ancaman utama penyalahgunaan dadah di negara ini apabila merangkumi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kes penagihan, dengan negeri-negeri Pantai Timur dikenal pasti sebagai kawasan paling serius terjejas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 145,526 kes melibatkan dadah jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS) direkodkan pada 2023, meningkat kepada 192,857 kes pada 2024 sebelum mencatat 141,817 kes pada 2025.

"Dadah sintetik yang paling banyak disalah guna di negara kita sehingga merangkumi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kes penyalahgunaan dadah adalah dadah jenis ATS.

"Bila kumpulkan data, kemudian kita lakukan pemetaan, didapati keadaan paling serius adalah di negeri-negeri Pantai Timur sangat serius.

"Maknanya, di jalur Pantai Timur, penggunaan Ganja, Heroin, Ketum dan Morfin tidak lagi menjadi pilihan utama. Sebaliknya, mereka mencari ATS, Syabu dan Methamphetamine," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 25 Jun 2026 9.08 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.51 PM