Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pemilik Rumah Didakwa Jika Sewakan Kepada Sindiket Dadah

Published: 19 Feb 2026 3.59 AM Updated: 15 Aug 2026 7.02 PM
Pemilik bangunan atau kediaman yang menyewakan premis mereka kepada sindiket dadah boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 107C Kanun Keseksaan kerana bersubahat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pemilik-rumah-didakwa-jika-sewakan-kepada-sindiket-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:28 MYT
Petaling Jaya, 19 Februari 2026 - Pemilik bangunan atau kediaman yang menyewakan premis mereka kepada sindiket dadah boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 107C Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara, denda, atau kedua-duanya sekali seperti yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati kebanyakan sindiket dadah menjadikan premis kilang, kediaman dan pejabat sebagai tempat memproses bahan itu.

Katanya, premis itu disewa dengan kadar bayaran melalui akaun pengendali inap desa atau ejen-ejen hartanah.

“Kebanyakan pemilik-pemilik kediaman, kilang atau pejabat tidak mengetahui premis mereka dijadikan tempat memproses dadah.

“Bagaimanapun, mereka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 ADB dan Seksyen 107C Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan cara membantu atau menyediakan premis walaupun mereka tidak terlibat secara langsung.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 19 Feb 2026 3.59 AMUpdated 15 Aug 2026 7.02 PM