Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Siasat Penahanan Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terlibat Dadah Di Indonesia

Published: 05 Aug 2026 1.55 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menyiasat penahanan seorang lagi rakyat Malaysia di Indonesia kerana disyaki terbabit pengedaran dadah, hanya sehari selepas seorang juruterbang Malaysia Airlines ditahan di Jakarta atas dakwaan sama.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-siasat-penahanan-seorang-lagi-rakyat-malaysia-terlibat-dadah-di-indonesia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:36 MYT
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menyiasat penahanan seorang lagi rakyat Malaysia di Indonesia kerana disyaki terbabit pengedaran dadah, hanya sehari selepas seorang juruterbang Malaysia Airlines ditahan di Jakarta atas dakwaan sama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan mengesahkan polis akan mengambil tindakan susulan berhubung kes terbaharu membabitkan seorang lelaki Malaysia berusia 22 tahun dari Johor itu yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.

"Ya. JSJN Bukit Aman juga akan membuat tindakan susulan terhadap kes ini," katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan bersama empat bungkusan yang mengandungi satu kilogram Methamphetamine dan 1,000 biji pil Ekstasi.

"Bungkusan itu diikat pada badan suspek," katanya.

Terdahulu dilaporkan seorang lagi rakyat Malaysia ditahan di Indonesia atas dakwaan menyeludup dadah selepas pihak berkuasa dilaporkan menemui hampir satu kilogram Methamphetamine dan lebih 1,000 biji pil Ekstasi disembunyikan di bawah korset dipakainya ketika berada di sebuah lapangan terbang di Surabaya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'dilaporkan lagi rakyat Malaysia ditahan terbabit hanya Seorang lagi ditahan di Indonesia disyaki edar dadah Lumpur: mu-
ArticlePublished 05 Aug 2026 1.55 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM