
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Siasat Penahanan Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terlibat Dadah Di Indonesia
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menyiasat penahanan seorang lagi rakyat Malaysia di Indonesia kerana disyaki terbabit pengedaran...
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menyiasat penahanan seorang lagi rakyat Malaysia di Indonesia kerana disyaki terbabit pengedaran dadah, hanya sehari selepas seorang juruterbang Malaysia Airlines ditahan di Jakarta atas dakwaan sama.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan mengesahkan polis akan mengambil tindakan susulan berhubung kes terbaharu membabitkan seorang lelaki Malaysia berusia 22 tahun dari Johor itu yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.
"Ya. JSJN Bukit Aman juga akan membuat tindakan susulan terhadap kes ini," katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan bersama empat bungkusan yang mengandungi satu kilogram Methamphetamine dan 1,000 biji pil Ekstasi.
"Bungkusan itu diikat pada badan suspek," katanya.
Terdahulu dilaporkan seorang lagi rakyat Malaysia ditahan di Indonesia atas dakwaan menyeludup dadah selepas pihak berkuasa dilaporkan menemui hampir satu kilogram Methamphetamine dan lebih 1,000 biji pil Ekstasi disembunyikan di bawah korset dipakainya ketika berada di sebuah lapangan terbang di Surabaya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.