Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Perlu 15 707 Anggota Tambahan

Published: 11 Nov 2024 1.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 11 November 2024 - Polis Diraja Malaysia memerlukan 15,707 kekuatan pegawai dan anggota di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik(JSJN) dalam usaha memastikan aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan dadah di Malaysia dapat dibanteras sepenuhnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-perlu-15-707-anggota-tambahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:15 MYT
Petaling Jaya, 11 November 2024 - Polis Diraja Malaysia memerlukan 15,707 kekuatan pegawai dan anggota di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik(JSJN) dalam usaha memastikan aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan dadah di Malaysia dapat dibanteras sepenuhnya.

Pengarah JSJN, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata, kapasiti yang besar diperlukan berdasarkan jumlah evolusi dadah saban tahun yang dilihat semakin berkembang.

Beliau berkata, dalam tempoh 20 tahun, jumlah kekuatan berkenaan diperlukan merangkumi pelbagai aspek penugasan di lapangan, teknikal, taktikal, penyelidikan dan pembangunan serta untuk menempatkan pegawai perhubungan narkotik di luar negara.

“Setakat ini, kekuatan JSJN memang tidak mencukupi untuk membanteras dadah secara menyeluruh. Kita (JSJN) memerlukan peningkatan besar dalam jumlah keanggotaannya serta sokongan dari segi teknologi, kepakaran dan kerjasama antara agensi.

“Kertas kerja sudah dibawa JSJN kepada Jabatan Perkhidmatan Awam pada peringkat pertama untuk memohon pertambahan 1,000 perjawatan.

"Namun begitu, kita memahami kekangan kewangan kerajaan dan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan penambahan perjawatan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran

May be an image of text

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 11 Nov 2024 1.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM