Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pasangan Kekasih Ditahan Edar Rm9 7 Juta Dadah

Published: 25 Jun 2026 8.53 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
George Town, 24 Jun 2026 - Satu sindiket pengedaran dadah bernilai RM9.7 juta di sebuah kondominium didalangi sepasang kekasih berjaya dibongkar dalam dua serbuan berasingan di Butterworth di sini, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pasangan-kekasih-ditahan-edar-rm9-7-juta-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:56 MYT
George Town, 24 Jun 2026 - Satu sindiket pengedaran dadah bernilai RM9.7 juta di sebuah kondominium didalangi sepasang kekasih berjaya dibongkar dalam dua serbuan berasingan di Butterworth di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, pasangan kekasih warga tempatan berusia 35 dan 40 tahun itu dipercayai bergerak aktif sejak Januari lalu dengan menjadikan kondominium berkenaan lokasi memproses pelbagai jenis dadah.

Menurutnya, tangkapan terhadap suspek lelaki dibuat kira-kira pukul 2.25 petang di kawasan parkir sebuah kondominium sebelum menemui tiga peket plastik berisi serbuk disyaki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 220.69 gram ditemui dalam sebuah kereta Perodua.

"Hasil soal siasat awal dan dipandu arah suspek, pasukan polis kemudian menyerbu sebuah unit kondominium yang disewa di kawasan sama dan menahan seorang wanita yang dipercayai rakan jenayahnya," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 25 Jun 2026 8.53 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM