Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Op Tapis Khas 8 Ppr Port Penagih

Published: 28 Jun 2022 4.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Jun 2022 - Polis menggempur lapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang menjadi sarang penagihan dan pengedaran dadah menerusi Op Tapis Khas yang lakukan pada 21 hingga 23 Jun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-op-tapis-khas-8-ppr-port-penagih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:07 MYT
Kuala Lumpur, 28 Jun 2022 - Polis menggempur lapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang menjadi sarang penagihan dan pengedaran dadah menerusi Op Tapis Khas yang lakukan pada 21 hingga 23 Jun lalu.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu berjaya menahan 229 individu atas pelbagai kesalahan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim berkata, operasi menyasarkan kawasan Perumahan Awam dan juga kawasan PPR di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, pihaknya menyerbu PPR Desa Tun Razak, PPR Pantai Dalam, PPR Desa Rejang, PPR Sungai Bonus, PPR Intan Baiduri, Flat Seri Terengganu, sekitar kawasan Chow Kit dan Putrajaya.

"Daripada jumlah individu yang ditahan, seramai 11 orang diambil tindakan mengikut undang-undang pencegahan dadah (Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).

"Manakala 21 individu di ambil tindakan mengambil dadah berulang (Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952) dan 10 individu kerana dikehendaki mengikut pelbagai kesalahan dadah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.hmetro.com.my/.../06/856030/polis-gempur-ppr

Sumber: Harian Metro

May be an image of text
ArticlePublished 28 Jun 2022 4.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM