
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Op Langka 191 Individu Ditahan Dalam 231 Serbuan
Kuala Lumpur, 17 April 2026 - Seramai 191 individu ditahan dalam 231 serbuan menerusi Op Langka yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia bagi membanteras kegiat...
Kuala Lumpur, 17 April 2026 - Seramai 191 individu ditahan dalam 231 serbuan menerusi Op Langka yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di Kedah dan Perlis pada 9 April hingga 12 April.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, operasi khas itu susulan kebimbangan terhadap peningkatan masalah penyalahgunaan dadah di dua negeri tersebut.
“Usaha membanteras dan melumpuhkan sepenuhnya rantaian bekalan dadah sehingga ke akar umbi, kita telah melancarkan Op Langka dengan memberi fokus kepada daerah Langkawi, Kuala Kedah dan Perlis.
“Hasil tindakan operatif dan gerak gempur yang dilaksanakan, sebanyak 231 serbuan dan seramai 191 orang berjaya ditangkap, di bawah pelbagai kesalahan, di samping merampas pelbagai jenis dadah,” katanya.
2121