Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Warga Emas Wanita Dicekup Bersama Syabu Lebih Rm100 000

Published: 05 Mar 2025 7.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 5 Mac 2025 - Hanya kerana ingin mendapatkan habuan yang tinggi, dua penganggur sanggup menjadi ‘transporter’ dadah bernilai lebih RM100,000.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-lelaki-warga-emas-wanita-dicekup-bersama-syabu-lebih-rm100-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT
 
Kota Kinabalu, 5 Mac 2025 - Hanya kerana ingin mendapatkan habuan yang tinggi, dua penganggur sanggup menjadi ‘transporter’ dadah bernilai lebih RM100,000.

Bagaimanapun, kegiatan lelaki berusia 70 tahun dan wanita berusia 25 tahun itu akhirnya membawa padah apabila ditahan bersama lebih tiga kilogram Syabu dalam serbuan di kawasan Api-Api Centre pada 27 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, tangkapan dan rampasan itu adalah hasil maklumat risikan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dengan kerjasama IPD Penampang.

“Dalam serbuan itu, terdapat seorang wanita sedang memegang beg kertas di hadapan sebuah kenderaan yang dipandu lelaki berusia 70 tahun di lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan dalam beg kertas tersebut berjaya merampas sebanyak 1,048.02 gram Syabu dan susulan daripada itu membawa kepada rampasan kedua iaitu sebanyak 2,110.03 gram Syabu di sebuah rumah di Penampang.

“Jumlah keseluruhan Syabu yang dirampas sebanyak 3,158.05 gram dianggarkan bernilai RM101,000 dan dipercayai boleh digunakan lebih 15,000 penagih dadah di kawasan ini,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kota Kinabalu di sini pada Selasa.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text
ArticlePublished 05 Mar 2025 7.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM