Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Kena Culik Disiasat Kes Dadah

Diterbitkan: 24 Jul 2026 3.30 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 24 Julai 2026 - Lelaki yang diselamatkan selepas diculik untuk mendapatkan tuntutan wang tebusan RM7 juta di Shah Alam, Selangor Sabtu lalu ditahan selama 60 hari bagi siasatan lanjut berhubung kaitannya dengan sindiket pengedaran dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-lelaki-kena-culik-disiasat-kes-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:52 MYT
Kuala Lumpur, 24 Julai 2026 - Lelaki yang diselamatkan selepas diculik untuk mendapatkan tuntutan wang tebusan RM7 juta di Shah Alam, Selangor Sabtu lalu ditahan selama 60 hari bagi siasatan lanjut berhubung kaitannya dengan sindiket pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, lelaki itu ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"Dia akan ditahan mengikut LLPK selama 60 hari sementara siasatan lanjut dijalankan berhubung kaitannya dengan aktiviti pengedaran dadah," katanya di sini, semalam.

Katanya, siasatan akan meneliti beberapa aspek kes itu, termasuk pergerakan lelaki terbabit sebelum ini, individu mempunyai kaitan dengannya serta sumber pendapatan dan asetnya bagi mengenal pasti dakwaan pembabitannya dalam pengedaran dadah.

Media kelmarin melaporkan, mangsa berusia 44 tahun diselamatkan dalam kes penculikan berkenaan, kini ditahan mengikut LLPK 1985.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2026 3.30 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM