
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Bawa Dadah Rm4 9 Juta Rempuh Kereta Polis
Kangar, 14 Februari 2026 - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta dipandu secara agresif oleh seorang lelaki yang merempuh kenderaan pihak be...
Kangar, 14 Februari 2026 - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta dipandu secara agresif oleh seorang lelaki yang merempuh kenderaan pihak berkuasa berhampiran pondok kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar kereta dipandu suspek berusia 20-an itu ekoran tindakannya merempuh kenderaan polis.
Perbuatan itu dipercayai untuk meloloskan diri daripada polis ekoran suspek membawa dadah disyaki Syabu seberat 98.73 kilogram (kg).
Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan empat guni putih mengandungi dadah disyaki Syabu dianggarkan bernilai RM4.9 juta.
Katanya, berikutan tindakan merempuh kenderaan pasukan serbuan, suspek berkenaan turut mengalami kecederaan pada bahagian muka, tangan dan kaki.
“Siasatan awal juga mendapati modus operandi suspek adalah dengan menggunakan laluan tikus di sempadan Padang Besar-Thailand sebagai laluan penyeludupan dadah sebelum dihantar ke selatan tanah air,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.