Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Langkah Banteras Dadah Dikaji Semula

Published: 15 Sep 2023 3.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 September 2023 - Kerajaan akan mengkaji semula pendekatan terhadap masalah dadah selaras dengan perkembangan antarabangsa dalam usaha mencari penyelesaian yang lebih berkesan dari semua aspek.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-langkah-banteras-dadah-dikaji-semula
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:39 MYT
Kuala Lumpur, 15 September 2023 - Kerajaan akan mengkaji semula pendekatan terhadap masalah dadah selaras dengan perkembangan antarabangsa dalam usaha mencari penyelesaian yang lebih berkesan dari semua aspek.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said berkata, kerajaan melihat penyalahgunaan dadah bukan sahaja sebagai isu jenayah, tetapi isu kesihatan yang memberikan kesan kepada masyarakat dari segi ekonomi, kesihatan dan sosial.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan menjalankan kajian undang-undang berkaitan hukuman kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah dari perspektif yang berbeza iaitu dengan merujuk kepada keberkesanan pendekatan berasaskan rawatan perubatan atau secara rehabilitasi yang digunakan oleh negara-negara lain dan mengkaji kebolehlaksanaan pendekatan berkenaan di Malaysia.
“Saya mempengerusikan Sesi Perbincangan Kajian Undang-Undang Berhubung Hukuman Mengenai Kesalahan Penyalahgunaan Dadah semalam, bersama wakil Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, ahli akademik serta wakil dari organisasi masyarakat sivil.

“Perbincangan ini bagi membincangkan dan mendapatkan pandangan awal mengenai keperluan kajian undang-undang berhubung hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
 
 
 
ArticlePublished 15 Sep 2023 3.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM