Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Kondo Mewah Jadi Stor Dadah Diserbu

Published: 22 Feb 2024 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 Februari 2024 - Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan tiga kondominium mewah di Cheras sebagai stor menyimpan bekalan dadah terbongkar selepas diserbu polis pada 14 Februari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-kondo-mewah-jadi-stor-dadah-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:53 MYT
Kuala Lumpur, 22 Februari 2024 - Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan tiga kondominium mewah di Cheras sebagai stor menyimpan bekalan dadah terbongkar selepas diserbu polis pada 14 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah jenis Syabu dan Ganja dianggarkan bernilai RM7.6 juta.

“Kita telah menahan dalang serta penjaga stor, mereka menjadikan kondominium itu sebagai stor simpanan dadah bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

“Ketika serbuan, mereka sedang membungkus dadah sebelum dihantar ke Sabah dan Sarawak melalui perkhidmatan kurier,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini pada Rabu.

Tambah Dato’ Sri Mohd Kamarudin, pihaknya merampas 134.87 kilogram (kg) dadah jenis Syabu, Erimin 5 (8.25kg), Ekstasi (25.54kg), Ketamin (8.26kg) dan serbuk Methylenedioxy Methamphetamine (6.05kg).

“Jumlah dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 850,000 penagih dadah,” jelasnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 22 Feb 2024 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM