
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Kerjasama Pdrm Dan Jkdm Berjaya Rampas Syabu Kokain Bernilai Rm33 7 Juta Dari Pakistan
Kajang, 28 Oktober 2023 - Pihak berkuasa merampas Syabu dan Kokain seberat hampir 512 kilogram (kg) dianggar bernilai RM33.7 juta yang diseludup dari Pakistan...
Kajang, 28 Oktober 2023 - Pihak berkuasa merampas Syabu dan Kokain seberat hampir 512 kilogram (kg) dianggar bernilai RM33.7 juta yang diseludup dari Pakistan melalui Pelabuhan Klang menggunakan kontena diisytiharkan membawa bawang, Rabu lalu.
Semua dadah dirampas dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari di sebuah gudang di Cheras Prima, di sini, hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Difahamkan, kontena terbabit tiba di Pelabuhan Klang dari Pakistan pada Selasa lalu sebelum la dihantar ke gudang di Prima Cheras jam 10.30 malam hari sama.
Pengarah JSJN, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, selain gudang berkenaan, serbuan turut dilakukan di dua lokasi lain sekitar Selangor dan Kuala Lumpur membawa kepada tujuh tangkapan, termasuk seorang warga Sri Lanka.
"Lelaki warga Sri Langka itu dipercayai menyelaras kemasukan kontena terbabit ke negara ini dengan sindiket dipercayai memfokuskan pasaran dadah sekitar Lembah Klang, namun kita tidak menolak kemungkinan ia diseludup semula ke negara lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.
Semua suspek berusia antara 21 hingga 53 tahun kini direman sehingga 1 November depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.