Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Jsjn Kedah Lupus Dadah Bernilai Hampir Rm12 4 Juta

Published: 21 May 2026 1.12 AM Updated: 15 Aug 2026 7.54 PM
Alor Setar, 21 Mei 2026 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM12.4 juta yang dirampas sepanjang tempoh 14 tahun bermula 2011 hingga 2025 dalam satu operasi di Negeri Sembilan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-jsjn-kedah-lupus-dadah-bernilai-hampir-rm12-4-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:18 MYT

Alor Setar, 21 Mei 2026 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM12.4 juta yang dirampas sepanjang tempoh 14 tahun bermula 2011 hingga 2025 dalam satu operasi di Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah berkata, pelupusan dadah itu membabitkan 4,401 kertas siasatan itu akan dilaksanakan di Pusat Pelupusan Pepejal, Bukit Pelanduk dan menjadi pelupusan pertama dilakukan Kontinjen Kedah, tahun ini.

Beliau berkata, barangan kes yang akan dilupuskan itu sudah pun selesai proses perundangan selain mendapat perintah pelupusan daripada mahkamah.

"Dadah utama yang akan dilupuskan ialah Heroin sebanyak 212 kilogram dengan anggaran RM7.4 juta.

"Selain itu, turut dilupuskan adalah Syabu seberat 137 kilogram bernilai RM4.95 juta selain Ganja seberat 1.97 kilogram," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 21 May 2026 1.12 AMUpdated 15 Aug 2026 7.54 PM