Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Jsjn Johor Lumpuh 17 Sindiket Edar Dadah 45 Kena Tahan

Published: 21 May 2025 6.23 AM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Johor Bahru, 21 Mei 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor berjaya melumpuhkan 17 sindiket pengedaran dadah dengan menahan 45 ahli sindiket sepanjang tahun ini sehingga April lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-jsjn-johor-lumpuh-17-sindiket-edar-dadah-45-kena-tahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:51 MYT
Johor Bahru, 21 Mei 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor berjaya melumpuhkan 17 sindiket pengedaran dadah dengan menahan 45 ahli sindiket sepanjang tahun ini sehingga April lalu.
 
Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, turut dirampas pelbagai jenis dadah bernilai RM75.85 juta dengan nilai sitaan pelbagai aset berjumlah RM2.07 juta.

“Bagi tempoh Januari sehingga April lalu, JSJN turut mempamerkan prestasi cemerlang apabila membuat sebanyak 8,598 tangkapan atas pelbagai kesalahan dadah.

“Dalam tempoh yang sama juga, sejumlah 878.86 kilogram dan 3,643.77 liter dadah berjaya dirampas dalam beberapa siri serbuan dan operasi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Mei 2025 Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


May be an image of blueprint and text
ArticlePublished 21 May 2025 6.23 AMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM