Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Geng Rusa Boy Tumpas

Diterbitkan: 22 Oct 2020 2.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2020 - Polis menumpaskan kumpulan jenayah terancang 'Geng Rusa Boy' yang aktif memproses dan mengedar dadah serta mendalangi pelbagai kes jenayah kekerasan dan pembunuhan di Sungai Petani, Kedah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-geng-rusa-boy-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:27 MYT

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2020 - Polis menumpaskan kumpulan jenayah terancang 'Geng Rusa Boy' yang aktif memproses dan mengedar dadah serta mendalangi pelbagai kes jenayah kekerasan dan pembunuhan di Sungai Petani, Kedah.

la susulan penahanan seramai 26 ahli kumpulan itu, termasuk ketuanya dikenali sebagai Rusa Boy berusia 39 tahun, bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed, berkata siasatan mendapati selain memproses dan mengedar dadah, kumpulan yang aktif sejak 2014 dan mempunyai lebih 40 ahli itu turut terbabit dalam jenayah kekerasan antaranya pergaduhan, menyebabkan kecederaan, senjata api, pemerasan, ugutan jenayah serta pembunuhan.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan berkenaan adalah dengan mendapatkan bekalan dadah jenis Heroin dari Thailand, sebelum dibawa ke makmal pemprosesan dadah di Pulau Pinang.

"Dadah yang siap diproses kemudian dihantar ke sebuah stor dan suspek yang berperanan sebagai tokan dan ‘runner’ akan mengedarkannya untuk pasaran tempatan di negeri di utara tanah air.

"Siasatan juga mendapati, lima lagi ahli geng terbabit sudah ditahan selepas polis merampas satu tong plastik berisi dadah jenis Heroin seberat 12.52 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM 112,000, September lalu.

"Secara keseluruhan, seramai 31 ahli kumpulan berusia antara 20 hingga 39 tahun sudah ditahan dan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan.

"Semua mereka akan didakwa di Sungai Petani, esok (hari ini)," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 6 people, text that says 'Geng Rusa Boy' tumpas Ketua kumpulan antara 26 ahli ditahan bulan lalu ORANG DIKEHENDAKI ORANG ORANG KEHE
ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2020 2.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM