Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Fentanyl Boleh Bunuh Ramai Penagih

Published: 12 Oct 2024 2.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan terdapat cubaan sindiket yang cuba menyeludup dadah jenis Kokain ke dalam negara. Buktinya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM berjaya merampas sebanyak 186.77 kilogram (kg) Kokain bernilai kira-kira RM37.3 juta sejak 2021.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-fentanyl-boleh-bunuh-ramai-penagih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:18 MYT
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan terdapat cubaan sindiket yang cuba menyeludup dadah jenis Kokain ke dalam negara. Buktinya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM berjaya merampas sebanyak 186.77 kilogram (kg) Kokain bernilai kira-kira RM37.3 juta sejak 2021.

Berdasarkan kejayaan dan statistik yang direkodkan setakat Ogos lalu, JSJN telah mengenal pasti taktik penyeludupan dadah Kokain, antaranya menggunakan kapal dagang iaitu menyembunyikan di sebalik muatan barangan lain yang sah.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata, modus operandi itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Beliau memberi contoh dalam kes pada tahun lalu, pengedar telah menggunakan sebuah kontena bagi mengimport bawang besar yang bercampur dengan dadah jenis Kokain untuk masuk ke Malaysia.

“Begitu juga dengan kes pada 2019 yang berlaku di Pulau Pinang. Sindiket menggunakan kapal dagang untuk membawa Kokain bercampur dengan arang batu dalam kontena yang sama ke Malaysia,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurutnya, JSJN Bukit Aman dapat mengekang aktiviti tersebut hasil risikan dan operasi yang berterusan bersama agensi penguatkuasaan lain.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 12 Oct 2024 2.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM