Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Lelaki Ditahan Dadah Bernilai Rm13 6 Juta Dirampas

Published: 18 Sep 2025 7.03 AM Updated: 23 Sep 2026 10.43 PM
Shah Alam, 12 September 2025 - Dua lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM13.6 juta yang disorok di ruangan tempat duduk belakang sebuah kereta Mercedes Benz A200 di persimpangan lampu isyarat sekitar Banting pada Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dua-lelaki-ditahan-dadah-bernilai-rm13-6-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:03 MYT

Shah Alam, 12 September 2025 - Dua lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM13.6 juta yang disorok di ruangan tempat duduk belakang sebuah kereta Mercedes Benz A200 di persimpangan lampu isyarat sekitar Banting pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar berkata, dalam operasi dijalankan kira-kira jam 3.45 petang itu, polis menahan sebuah kereta mewah yang dinaiki dua suspek.

"Pemeriksaan dijalankan menemui 30 bungkusan berisi dadah dipercayai Ekstasi seberat 61.76 kilogram (kg) dan tiga bungkusan dadah jenis Erimin 5 seberat 9.85kg yang ditemui di tempat duduk belakang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.

Katanya, suspek pertama berusia 47 tahun bekerja di sebuah syarikat kontraktor pembinaan mempunyai 19 rekod lampau berkaitan narkotik namun saringan air kencing negatif.

“Suspek kedua berusia 42 tahun dan tidak bekerja mempunyai 22 rekod lampau berkaitan narkotik. Hasil ujian air kencing positif dadah,” jelasnya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text


ArticlePublished 18 Sep 2025 7.03 AMUpdated 23 Sep 2026 10.43 PM