
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Buruh Binaan Ditahan Cuba Seludup Dadah Ke Sarawak
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam berkata, kedua-dua suspek termasuk seorang warga Indonesia berusia 29 dan 44 tahun ditahan p...
Shah Alam, 25 April 2024 - Dua buruh binaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 dipercayai cuba menyeludup dadah ke Sarawak menggunakan perkhidmatan penerbangan, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam berkata, kedua-dua suspek termasuk seorang warga Indonesia berusia 29 dan 44 tahun ditahan pada jam 4.11 pagi ketika pemeriksaan bagasi dilakukan.
“Sejumlah 7,000 gram dadah jenis Methamphetamine, pil Erimin 5 (5,960 gram) dan 61 gram Ekstasi ditemui dalam bagasi serta beg sandang suspek.
“Susulan tangkapan itu, polis melakukan serbuan di sebuah kondominium di Seri Kembangan dan merampas 9,000 gram pil Erimin 5 dan 169.65 gram Ketamine yang kesemua rampasan dadah ini bernilai RM1.76 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mereka sudah beberapa kali menggunakan kaedah penerbangan bagi tujuan penyeludupan dadah.