Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Ditahan Seludup Ganja Bernilai Rm1 95 Juta Di Pangkalan Haram

Diterbitkan: 21 May 2025 2.41 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.01 PM
Rantau Panjang, 21 Mei 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup lebih 55.8 kilogram (kg) dadah jenis Ganja bernilai RM1.95 juta di pangkalan haram Tok Awang Belulang di sini kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-ditahan-seludup-ganja-bernilai-rm1-95-juta-di-pangkalan-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT
 
Rantau Panjang, 21 Mei 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup lebih 55.8 kilogram (kg) dadah jenis Ganja bernilai RM1.95 juta di pangkalan haram Tok Awang Belulang di sini kelmarin.

Kesemua 13 kotak yang berisi dadah itu dirampas oleh PGA di dalam sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton kira-kira pukul 7.40 pagi tadi semasa menjalankan Operasi Intra/Inter Agensi di pangkalan haram tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, dua suspek termasuk seorang wanita warga Thailand berusia 52 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurutnya, anggota PGA pada awalnya membuat pemerhatian terhadap sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton yang berada di tepi pangkalan haram tersebut.

“Seorang lelaki dilihat bertemu dengan seorang wanita dari arah tangga di pangkalan haram itu. Kedua-dua individu itu kemudian memunggah beberapa kotak tersebut dari arah tangga jeti ke bahagian but kenderaan tersebut.

“Pegawai dan anggota PGA menyerbu ke arah kedua-dua suspek sebelum menjumpai 13 kotak berisi 55.8kg dadah jenis Ganja di bahagian belakang trak pikap itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text



ArtikelDiterbitkan 21 May 2025 2.41 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.01 PM