Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dalang Sindiket Dapat Dadah Dari Pantai Timur

Diterbitkan: 08 Mar 2024 3.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Mac 2024 - Mendapatkan bekalan dadah jenis Kanabis dari negeri pantai timur sebelum diedarkan sekitar Lembah Klang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dalang-sindiket-dapat-dadah-dari-pantai-timur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:55 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mac 2024 - Mendapatkan bekalan dadah jenis Kanabis dari negeri pantai timur sebelum diedarkan sekitar Lembah Klang.

Kegiatan sindiket pengedaran dadah itu terbongkar berikutan penahanan 13 individu termasuk lima wanita dalam beberapa serbuan membabitkan nilai rampasan hampir RM100,000.

Serbuan dilakukan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sejak 26 Februari lalu sehingga 2 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, serbuan pertama dijalankan di sebuah hotel di Jalan Kuching, di sini, jam 12.30 tengah hari pada 26 Februari lalu dan menahan seorang lelaki disyaki tokan dadah.

“Pemeriksaan menemui lima plastik lutsinar berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis Kanabis anggaran berat tiga kilogram.

“Soal siasat terhadap suspek membawa pasukan kepada serbuan kedua di sebuah kondominium di Jalan Gombak kira-kira jam 1 tengah hari pada hari sama.

“Hasil serbuan menahan empat lelaki dan lima wanita selain merampas 23 plastik lutsinar berisi ketulan mampat Kanabis anggaran berat enam kilogram,” katanya dalam sidang media di IPD Sentul di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 08 Mar 2024 3.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM