Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dalam Sebulan Rm11 Juta Pelbagai Dadah Dirampas

Diterbitkan: 15 Feb 2023 4.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pasir Mas, 15 Februari 2023 - Hanya dalam tempoh sebulan, pelbagai jenis dadah bernilai RM11 juta dirampas dan 1,625 orang ditahan oleh Polis Kelantan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dalam-sebulan-rm11-juta-pelbagai-dadah-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:22 MYT
Pasir Mas, 15 Februari 2023 - Hanya dalam tempoh sebulan, pelbagai jenis dadah bernilai RM11 juta dirampas dan 1,625 orang ditahan oleh Polis Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata semua individu itu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang Januari tahun ini.

Menurutnya, pelbagai jenis dadah termasuk pil kuda, Heroin, Syabu dan ubat batuk dirampas itu boleh digunakan seramai 606,079 orang penagih dadah.

“Tangkapan membabitkan mereka berusia antara 15 hingga 50-an termasuk lima pelajar sekolah di bawah kesalahan termasuk mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 39A(2), Seksyen 6, Seksyen 30(3) dan Seksyen 12(2) ADB,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 15 Feb 2023 4.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM