Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Rm4 6 Juta Ditemui Dalam Suv Di Tepi Jalan

Published: 12 Jun 2025 3.33 AM Updated: 15 Aug 2026 6.47 PM
Kuala Lumpur, 12 Jun 2025 - Polis menemukan dadah seberat 123.2 kilogram (kg) bernilai RM4.6 juta dalam kereta utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Loji Taman Pulai Savana, Gerik, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dadah-rm4-6-juta-ditemui-dalam-suv-di-tepi-jalan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:19 MYT
Kuala Lumpur, 12 Jun 2025 - Polis menemukan dadah seberat 123.2 kilogram (kg) bernilai RM4.6 juta dalam kereta utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Loji Taman Pulai Savana, Gerik, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Noor Hisam Nordin, berkata laporan berhubung penemuan dadah dalam Honda HRV itu diterima melalui aduan awam kira-kira jam 1 pagi.

“Penemuan kedua-dua jenis dadah ini juga antara rampasan terbesar yang dilakukan polis Perak pada tahun ini.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menemukan 80 peket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 82.8kg serta 39 peket lutsinar dadah jenis Ketamin seberat 40.4kg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text
ArticlePublished 12 Jun 2025 3.33 AMUpdated 15 Aug 2026 6.47 PM