Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Cubaan Eksport Ketum Ditumpas

Diterbitkan: 30 Apr 2024 3.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.16 PM
Kangar, 30 April 2024 - Polis mematahkan cubaan menyeludup satu tan daun ketum ke Thailand dan memberkas seorang lelaki di Wang Kelian di sini, Sabtu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-cubaan-eksport-ketum-ditumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:09 MYT
Kangar, 30 April 2024 - Polis mematahkan cubaan menyeludup satu tan daun ketum ke Thailand dan memberkas seorang lelaki di Wang Kelian di sini, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin berkata, pada jam 2.30 petang itu, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan penyeludupan di Kampung Wang Kelian, Jalan Kaki Bukit, Padang Besar.

Katanya, berdasarkan maklumat itu sepasukan anggota polis dihantar ke Kampung Wang Kelian dan ternampak seorang lelaki sedang memunggah guni ke dalam trak pikap Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand.

“Ketika serbuan anggota polis menemukan 30 guni disyaki ketum yang cuba diseludup keluar ke negara jiran menerusi ‘laluan tikus yang banyak terdapat di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian dan Padang Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini, semalam.

Katanya, hasil saringan awal terhadap suspek berusia 20 tahun itu mendapati dirinya positif dadah jenis syabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 30 Apr 2024 3.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.16 PM