Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Bungkus Semula Dadah Di Kondo Mewah

Published: 02 Dec 2023 2.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 2 Disember 2023 - Lelaki dan seorang wanita berusia 19 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM516,373 dalam serbuan ke atas sebuah kondominium mewah sekitar Cheras di sini, Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-bungkus-semula-dadah-di-kondo-mewah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:59 MYT
Kuala Lumpur, 2 Disember 2023 - Lelaki dan seorang wanita berusia 19 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM516,373 dalam serbuan ke atas sebuah kondominium mewah sekitar Cheras di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaludin berkata, suspek menyewa sebuah unit kondominium untuk dijadikan pusat pembungkusan dadah sebelum diedarkan semula di sekitar Lembah Klang.
Menurutnya, kedua-dua suspek lelaki ditahan di kawasan lobi kondominium berkenaan manakala suspek wanita yang dipercayai kekasih kepada salah seorang suspek lelaki ditahan di sebuah unit kediaman di premis sama.

“Susulan tangkapan dua suspek lelaki polis menyerbu sebuah unit rumah di kondominium berkenaan dan menemui dadah jenis Syabu seberat 12.05 kilogram (kg), 3,570 biji pil Ekstasi (1.8 kg), Heroin Base (373 gram), serbuk MDMA (515 gram).
“Suspek menyewa di kondominium yang berpengawal itu pada kadar RM1,500 sebulan sejak Ogos lalu untuk dijadikan sebagai stor simpanan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 02 Dec 2023 2.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM