Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Atok Dalang Sindiket Proses Dadah Cecair Vape Rm16 40 Juta

Published: 25 May 2026 6.20 AM Updated: 15 Aug 2026 7.52 PM
Iskandar Puteri, 23 Mei 2026 — Taktik sindiket menjadikan premis rumah kedai di Taman Melawati, Skudai dekat sini sebagai makmal haram memproses dadah dan pusat penghasilan cecair vape mengandungi dadah terbongkar selepas polis melakukan tiga serbuan berasingan, Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-atok-dalang-sindiket-proses-dadah-cecair-vape-rm16-40-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:25 MYT
 
Iskandar Puteri, 23 Mei 2026 — Taktik sindiket menjadikan premis rumah kedai di Taman Melawati, Skudai dekat sini sebagai makmal haram memproses dadah dan pusat penghasilan cecair vape mengandungi dadah terbongkar selepas polis melakukan tiga serbuan berasingan, Ahad lalu.

Dalam operasi bermula pukul 5.30 petang itu, polis menahan empat lelaki terdiri daripada dua warga tempatan dan dua warga asing berusia antara 27 hingga 60 tahun.

Pemangku Ketua Polis Johor, DCP Hoo Chuan Huat berkata, lelaki berusia 60 tahun itu dipercayai menjadi ‘mastermind’ dan pembiaya atau dalang utama operasi sindiket berkenaan.

“Dua lagi suspek warga asing berperanan sebagai ahli kimia yang memproses bahan kimia untuk dijadikan dadah. Seorang lagi suspek tempatan bertindak sebagai penghantar atau ‘runner’ bagi sindiket tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 25 May 2026 6.20 AMUpdated 15 Aug 2026 7.52 PM