
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 7 09 Kg Dadah Pil Yaba Dirampas Dua Ahli Sindiket Kena Cekup Kp Terengganu
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Kuala Terengganu, 5 Disember 2023 - Polis berjaya membongkar sebuah sindiket yang dipercayai aktif mengedar dadah jenis pil kuda di utara Terengganu dalam dua serbuan berasingan minggu lalu.
Ketua Polis (KP) Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan berkata, dua suspek termasuk seorang remaja disyaki anggota sindiket berkenaan berjaya diberkas di Kampung Kubang Depu, Jerteh di sini pada Rabu lalu.
Katanya, sebanyak 7.09 kilogram (kg) pil Yaba turut dirampas dalam serbuan berkenaan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM385,000.
"Dua lelaki berusia 19 dan 31 tahun itu dipercayai dalang kepada sindiket pengedaran dadah terbabit.
"Serbuan pertama berjaya menemui 1.76 kg pil Yaba sebelum membawa kepada penemuan kedua dadah jenis sama seberat 5.33 kg pula di lokasi lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini semalam.