Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 205 Keldai Dadah Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara

Diterbitkan: 16 Oct 2023 6.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 16 Oktober 2023 - Faktor kewangan selain desakan hidup dilihat menjadi penyumbang segelintir rakyat Malaysia sanggup menjadi keldai dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-205-keldai-dadah-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:26 MYT
Petaling Jaya, 16 Oktober 2023 - Faktor kewangan selain desakan hidup dilihat menjadi penyumbang segelintir rakyat Malaysia sanggup menjadi keldai dadah.

Utusan Malaysia difahamkan, ada juga keldai dadah dijadikan ‘kurier’ untuk membawa barangan larangan itu ke negara lain selepas diperdaya sindiket dengan menjanjikan bayaran lumayan.

Difahamkan, upah yang diterima individu terlibat dengan kegiatan itu antara RM5,000 dan RM10,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mendedahkan kepada Utusan Malaysia, seramai 205 rakyat negara ini ditahan di luar negara kerana menjadi keldai dadah dalam tempoh lima tahun sejak 2019.

Kata beliau, mereka yang ditahan sepanjang tempoh itu terdiri daripada 178 lelaki dan 27 wanita.

“Tangkapan tertinggi dilakukan pada 2019 dengan 86 individu diberkas terdiri 68 lelaki dan 18 wanita diikuti 2020 (58 individu); 2021 (24 individu) dan 2020 (18 individu).

“Bagi tahun ini sehingga kini, seramai 19 orang ditahan terdiri 15 lelaki dan empat wanita,” katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says '205 'keldai dadah' rakyat Malaysia ditahan di luar negara selain ada MOHD. KAMARUDIN MD. DIN dari
ArtikelDiterbitkan 16 Oct 2023 6.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM