
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 205 Keldai Dadah Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara
Petaling Jaya, 16 Oktober 2023 - Faktor kewangan selain desakan hidup dilihat menjadi penyumbang segelintir rakyat Malaysia sanggup menjadi keldai dadah.
Petaling Jaya, 16 Oktober 2023 - Faktor kewangan selain desakan hidup dilihat menjadi penyumbang segelintir rakyat Malaysia sanggup menjadi keldai dadah.
Difahamkan, upah yang diterima individu terlibat dengan kegiatan itu antara RM5,000 dan RM10,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mendedahkan kepada Utusan Malaysia, seramai 205 rakyat negara ini ditahan di luar negara kerana menjadi keldai dadah dalam tempoh lima tahun sejak 2019.
Kata beliau, mereka yang ditahan sepanjang tempoh itu terdiri daripada 178 lelaki dan 27 wanita.
“Tangkapan tertinggi dilakukan pada 2019 dengan 86 individu diberkas terdiri 68 lelaki dan 18 wanita diikuti 2020 (58 individu); 2021 (24 individu) dan 2020 (18 individu).
“Bagi tahun ini sehingga kini, seramai 19 orang ditahan terdiri 15 lelaki dan empat wanita,” katanya di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.