Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 135 000 Penagih Dadah Setakat Jun 2025 Mdn

Published: 24 Sep 2025 7.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jertih, 14 September 2025 - Seramai 135,000 penagih dadah direkodkan di negara ini hingga 30 Jun lepas, kata Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-135-000-penagih-dadah-setakat-jun-2025-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:00 MYT
Jertih, 14 September 2025 - Seramai 135,000 penagih dadah direkodkan di negara ini hingga 30 Jun lepas, kata Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, jumlah itu sesuatu yang membimbangkan dan kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak sentiasa mengambil langkah serta strategi dalam mengurangkan jumlah penagihan dadah di negara ini secara signifikan.

“Angka 135,000 penagih ini sesuatu yang membimbangkan. Bagi saya, 10 orang pun sudah membimbangkan kerana ia melibatkan kehilangan tenaga manusia. Strategi kita adalah mengurangkan angka ini secara signifikan melalui program pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini pada Sabtu.

Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution, menurut rekod daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, AADK dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik, negeri Kelantan merekodkan jumlah penyalahgunaan dadah yang tertinggi diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah.

Katanya, lokasi yang bersempadan dengan negara jiran Thailand dikenal pasti sebagai faktor utama keempat-empat negeri berkenaan mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text

ArticlePublished 24 Sep 2025 7.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM