Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Syabu Diseludup Melalui Sarawak Rm450 000 Sekilogram Dorong Sindiket Jadikan Malaysia Transit Pengarah Jsjn

Published: 07 Dec 2024 1.47 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../syabu-diseludup-melalui...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-syabu-diseludup-melalui-sarawak-rm450-000-sekilogram-dorong-sindiket-jadikan-malaysia-transit-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:33 MYT
Kuching, 7 Disember 2024 - Harga Syabu yang diseludup keluar dari Malaysia khususnya melalui Sarawak boleh mencecah sehingga RM450,000 sekilogram, melebihi 13 kali ganda berbanding nilai dalam negara iaitu hanya kira-kira RM33,000.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin, sekali gus menjadi faktor pendorong kepada sindiket untuk menyeludup bahan larangan itu dari Semenanjung ke Sarawak, seterusnya dihantar ke destinasi di Kalimantan, Indonesia.

Hakikat itu, katanya dimaklumkan hasil perbincangan dengan pihak berkuasa pencegahan narkotik di Indonesia susulan kunjungan beliau ke negara itu baru-baru ini.
"Dalam perbincangan itu saya dimaklumkan harga Syabu yang diseludup dari Malaysia (Sarawak) mencapai RM450,000 satu kilogram sedangkan di negara kita harganya RM33,000 sekilogram.

"Ini yang mendorong sindiket untuk menyeludup bahan itu dari Semenanjung ke Sarawak seterusnya dihantar ke destinasi di Kalimantan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Bilangan 73 Siri 8/2024 di Pusat Latihan Polis Kuching, Jalan Puncak Borneo, di sini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../syabu-diseludup-melalui...

Sumber: Berita Harian

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Syabu Diseludup Melalui Sarawak Rm450 000 Sekilogram Dorong Sindiket Jadikan Malaysia Transit Pengarah Jsjn
ArticlePublished 07 Dec 2024 1.47 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM