Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Suami Isteri Antara Sembilan Ditahan Edar Dadah Bernilai Lebih Rm1 Juta

Diterbitkan: 13 Feb 2023 6.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 12 Februari 2023 - Sepasang suami isteri merupakan antara sembilan individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini, Kota Tinggi dan Mersing dengan rampasan bernilai lebih RM1 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-suami-isteri-antara-sembilan-ditahan-edar-dadah-bernilai-lebih-rm1-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:54 MYT
Johor Bahru, 12 Februari 2023 - Sepasang suami isteri merupakan antara sembilan individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini, Kota Tinggi dan Mersing dengan rampasan bernilai lebih RM1 juta.

Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu berkata, kesemua enam lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 19 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan menerusi operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, di tiga daerah terbabit, pada 8 Februari hingga semalam.

Beliau berkata seorang penjawat awam lelaki berusia 33 tahun antara suspek yang ditahan.

“Kita menghidu kegiatan pengedaran dadah ini sejak Disember tahun lepas, susulan itu satu operasi khas dilancarkan untuk mengenal pasti ahli-ahli sindiket.

“Penjawat awam tersebut kita syaki antara salah seorang individu yang terlibat edar dadah, begitu juga suami isteri dan yang lain. Siasatan juga masih diteruskan untuk mengesan dalang dan saki baki ahli sindiket,” katanya.

DCP M. Kumar berkata modus operandi sindiket itu adalah menjadikan rumah yang berpagar dan dikawal serta kereta sebagai tempat penyimpanan dadah, sebelum ia diedarkan untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata sebanyak 24.69 kilogram (kg) Syabu, 3.56 kg Heroin, 337 gram Ketamin, 2,540 biji pil Erimin 5 dan 1.20 liter air ketum dengan keseluruhan nilai lebih RM1 juta itu turut dirampas dalam serbuan.

Turut disita, enam kereta bernilai RM582,000, empat motosikal bernilai RM57,000, barangan kemas RM11,859 dan wang tunai berjumlah RM2,710.

Beliau berkata kesemua yang ditahan, direman tujuh hari bermula 8 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Johor dan BERNAMA

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people and indoor

May be an image of 3 people and indoor

May be an image of 8 people and indoor

ArtikelDiterbitkan 13 Feb 2023 6.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM